Sering kali dalam berdiet, atau bersenam untuk 1 jangka masa yang
lama samada untuk menguruskan badan atau membesarkan otot, kita sering
berdepan dengan masalah kurang motivasi. Mungkin pada peringkat awal
begitu bermotivasi, tetapi selepas seminggu hilang semangat. Disini saya
sertakan 10 cara mudah untuk kekal dalam mood motivasi.
1. Tetapkan sasaran – Sasarkan berapa kg perlu
diturunkan atau mungkin berapa besar otot yang disasarkan. Atau mungkin
boleh sasarkan berapa berat bebanan diangkat. Minggu pertama mungkin
10kg, sasarkan minggu ke 2 mengangkat 20kg. Atau mungkin dalam berlari,
minggu ni 10 minut, minggu depan 15 minit.
2. Gambar – Cetak gambar sesiapa yang diminati,
mungkin Jamie Eason atau mungkin Ronnie Coleman. Letak gambar anda
disebelah nya dan tampal di suatu tempat yang biasa kita lihat. Mungkin
boleh letak di satu tempat apabila bangun dari tidur sahaja dah boleh
dilihat. ‘Aku mahu menjadi seperti itu!’
3. Jadual - Tuliskan jadual harian, buat 1diari atau workout journal
4. Perubahan – Lihat perubahan orang lain samada
melalui pembacaan atau orang sebenar. Banyakkan membaca dan melihat
gambar mereka yang telah berjaya sebagai sumber semangat dan inspirasi.
5. Baju – Beli baju saiz yang diidamkan. Mungkin
selama ini pakai baju saiz L dan berhajat untuk pakai saiz S. Gantung
baju saiz S itu ditempat yang selalu dilihat. ‘Bila la aku boleh pakai
baju itu?’
6. Timbang – Jangan selalu timbang berat badan.
Percayalah, ramai yang kecewa bila hari-hari timbang berat badan.:p.
Mungkin boleh timbang setiap 2 minggu.
7. Partner – Dapatkan seorang partner dalam buat latihan. Boleh saling berlawan untuk mendapatkan result.
8. Senaman – Jangan buat senaman yang sama sahaja
setiap hari. Kita akan cepat merasa bosan. Jika boleh dapatkan seorang
jurulatih yang sentiasa beri kelainan dalam latihan.
9. Pergaulan – Bercampurlah dengan mereka yang rajin
bersenam dan memiliki tubuh yang menarik. Ia akan buat kita bertambah
semangat. ‘Bila la aku nak jadi macam dia?’. Dapatkan tip dari mereka
jika perlu.
10. Positif – Berfikiran positif dalam segala apa
yang dilakukan. Jika dalam fikiran kita dah fikir ‘tak boleh’, memang
tak boleh la kita. ‘I can do it!’
Dipetik dari Blog : http://zakikhan.net/

